Friday, 22 July 2011

Ramadhan Al Mubarak

PENGUMUMAN !!


Salam kepada semua,


Bersempena kedatangan Ramadhan yang mulia, pihak Restoran kami ingin membuat pengumuman.


Restoran kami akan bercuti pada Ramadhan pertama & kedua dan akan beroperasi kembali pada Ramadhan ketiga sehingga ke malam raya. Kami akan beroperasi sepanjang bulan puasa dari pukul 5.00 p.m. hingga 10.00 p.m. sahaja.


Para tetamu AMAT DIGALAKKAN untuk membuat tempahan selewat-lewatnya pukul 5.00 p.m. untuk mengelakkan sebarang kelewatan.


Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi Harun - 019 - 4747150 atau Rohaya - 012 - 428 0150.

Datuk Dr. Harun Din & pihak Kolej Universiti Insaniah

Salam,

Minggu lepas, kami dengan berbesar hati menerima kehadiran Datuk Dr. Harun Din di Restoran kami untuk menikmati makan tengahari beliau. Pihak restoran kami juga dengan berbesar hatinya menghidangkan beliau durian dari ladang kami berserta buah-buahan lain.

Beliau datang bersama-sama team dari Kolej Universiti Insaniah untuk sambutan sempena kedatangan Ramadhan yang bakal menjelma...

We are on Facebook!

dear Beloved Customers,

Now, we are on Facebook! be our fans by adding us as your friend! You can see all the latest pictures of our customers & the new menu!

Come! and visit us!

Thursday, 7 July 2011

Masakan Rencah Buah Naga

Utusan Malaysia (ARKIB : 25/06/2008)

Oleh: SAFINA RAMLI

Masakan rencah buah naga



Masakan kampung ala utara seperti Ikan masak cabai buah naga, asam pedas naga muda, kerabu tok yah, ulam sambal belacan, jus naga serta buah naga sebagai pencuci mulut antara pakej sekeluarga yang ditawarkan oleh Restoran Bunga Naga Atas Bukit di Kampung Lubuk Batu Wang Tepus, Jitra, Kedah.
Gambar ISMAIL KAMADIN




--------------------------------------------------------------------------------

JITRA 24 Jun - Menikmati suasana malam dengan diiringi oleh bunyi cengkerik dan ditiup angin malam sambil menikmati makanan ala kampung yang ditambah dengan buah naga memang rencah merupakan satu kelainan.

Siapa sangka buah naga yang sedap dimakan mentah juga boleh dijadikan bahan sampingan untuk menjadi penyedap di dalam masakan.

Menu ikan masak cabai buah naga, udang masak cabai buah naga serta salad kulit buah naga merupakan resipi baru dicipta oleh pemilik Restoran Bunga Naga, Rohaya Othman, 45, dan suaminya, Harun Jasin, 59, yang menjanjikan pengalaman baru kepada para pelanggan untuk menikmatinya.

Restoran yang berkonsepkan makanan tradisional kampung Kedah itu terletak di Kampung Lubuk Batu, Jalan Wang Tepus, Jitra dan hanya mengambil masa kira-kira lima minit perjalanan kenderaan dari Bandar Darul Aman, Jitra.

Bermula daripada ladang buah naga seluas 0.8 hektar, Rohaya yang merupakan bekas guru tidak berpaling ke belakang lagi dalam mengembangkan perniagaan berasaskan buah naga ini.

Mewarisi bakat memasak daripada bapanya yang merupakan seorang tukang masak handal di Alor Star, Rohaya mencuba pelbagai resipi sehingga berjaya menghasilkan resipi baru yang dicampur dengan buah naga dan mula menjadi buah mulut orang ramai di luar negeri ini.

"Restoran bunga naga ini baru sahaja dibuka pada 9 Jun lalu dan kami menerima maklum balas yang amat menggalakkan daripada pengunjung yang mahu makan sambil menikmati suasana malam yang romantik dan indah di ladang buah naga kami.

"Haruman yang terhasil daripada bunga buah naga yang mekar hanya pada waktu malam juga dapat mempengaruhi mood para pelanggan untuk menenangkan fikiran sambil menikmati pelbagai hidangan masakan Melayu asli negeri Kedah ini," katanya ketika ditemui di Restoran Bunga Naga Atas Bukit milik mereka baru-baru ini.

Menurut Rohaya, makanan yang disediakan di restoran itu dihidangkan secara ala carte dan hanya akan disediakan jika ada tempahan daripada para pelanggan.

Jelasnya, dia mahu para pelanggan duduk di restoran itu dan menikmati makanan bersama rakan-rakan ataupun keluarga dalam keadaan yang santai.

"Konsep kami amat mudah iaitu para pelanggan duduk dan menikmati suasana malam di kampung secara santai dan dapat merasai makanan yang disediakan daripada resipi saya sendiri.

"Restoran ini yang terletak di atas bukit juga menyajikan pemandangan yang indah terutama sekali apabila bulan mengambang penuh dan cahayanya begitu cantik dipandang dari restoran ini," katanya.

Selain itu, katanya, dia terfikir untuk membuka restoran ini untuk memberi peluang kepada para penduduk kampung untuk menambah pendapatan dan membuka minda mereka untuk memajukan diri sendiri.

Jelasnya, dia dan suami mahu melihat orang Melayu yang tinggal di kampung-kampung menambah pendapatan dan tidak hanya berpuas hati dengan apa yang mereka ada.

"Kami lihat Kampung Lubuk Batu ini dikurniakan dengan landskap yang menarik dan masih lagi segar tanpa dicemari pembangunan.

"Kawasan dusun, sungai dan ladang getah merupakan antara aset yang boleh dimajukan untuk memberi sumber pendapatan baru kepada penduduk kampung," tambah Rohaya.

Oleh itu, katanya, kami berharap agar pembukaan Restoran Bunga Naga Atas Bukit ini menjadi satu titik tolak kepada kemajuan di kampung berkenaan.

"Dengan adanya sumber pendapatan baru di kampung ini, anak-anak muda dapat mengelakkan diri daripada terlibat dengan anasir-anasir yang tidak sihat seperti gejala mat rempit dan lain-lain lagi," jelasnya.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menempah sajian makanan di restoran berkenaan, mereka boleh menghubungi Rohaya atau Harun di talian 04-9162150.


Ehsan Arkib Utusan Malaysia - Utara

Madu Pulut Tajalli

Jika anda masih tercari-cari Madu Pulut Produk Muslim, di sini tempatnya!

Di restoran kami ada menjual Madu Pulut Tajalli keluaran 100% Islam. Ia dijamin HALAL! Ia amat sesuai diminum untuk semua peringkat umur (kanak-kanak dari 6 tahun ke-atas). Ia bagus untuk menghilang batuk, sesuai untuk kurangkan penyakit asma / lelah / semput. Di samping itu, ia bagus untuk awet muda & menambahkan tenaga.

Sebotol Madu Pulut mengandungi 300gm berharga hanya RM35.00.

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Haji Harun di 04 - 916 2150 / 019 - 4747 150.

Facilities Provided~

Buat pengetahuan semua pelanggan2 yg kami hormati, kami juga ada menyediakan surau berserta telekung & sejadah buat pelanggan Muslim kami. Ini dapat memudahkan para pelanggan kami bersolat.

Selain dari itu, kami juga menyediakan parking lot yg luas untuk memudahkan pelanggan kami datang ke restoran kami.

Ceramah Agama













Friday, 7 August 2009

Achievements / Visitors

http://hizatshakila.blogspot.com/2009/07/posing-dekat-restoran-bunga-naga-kedah.html

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0625&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_01.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_01.htm

Friday, 31 July 2009

Antara customers yg datang....

tengok la tue...asyik tol dorang makan sampai tak perasan pun kami snap gambar... uuurrrmmm....sedapnya! itu la pujian yg diberikan kepada kami! terima kasih ya! bergambar dulu sebelum pulang setelah kekenyangan!

Thursday, 30 July 2009

Alhamdullillah, restoran kami berjaya bertapak di hati pelanggan2 dari serata ceruk Malaysia. Pelanggan kami tak hanya dari Kedah, malahan kami pernah menerima pelanggan dari Johor, Singapura, Kelantan dan lain2 lagi. Kami jugak banyak menerima tempahan2 dari pelanggan yg ingin membuat acara seperti Annual Dinner, Majlis Penyampaian Anugerah dll. Kami juga banyak menerima pelanggan dari Kumpulan2 seperti Zoom Malaysia, Persatuan Kemas, Persatuan Ibu2 Tunggal, Team dari Polis Diraja Malaysia, Kastam Malaysia dan ramai lagi.

Tambah menarik nya, kami dengan bebesar hati menerima kunjungan dari DYTM Raja Muda Kedah mencemar duli untuk menjamu selera di restoran kami. Untuk melihat foto2 baginda, ada bleh klik di label "DYTM Raja Muda Kedah". Semua kejayaan ini adalah berkat usaha gigih pengusaha restoran ni; Puan Rohaya dan Hj. Harun... so... kepada sesiapa yg belum try masakan istimewa restoran kami, sila la contact utk tempahan...

Oh ya! kami juga buka pada bulan puasa nanti dan akan ditutup pada mlm raya. Kami akan buka semula pada raya ke-4 untuk memberi peluang kepada semua pelanggan yg balik ke kampung. so, utk elakkan frust coz fully booked, anda boleh la start to book today.

Tuesday, 21 July 2009

Alhamdullillah! settle jugak aku tolong updated kan blog family restaurant aku ni. actually, dah lama aku plan nk tlg kak long update kan..tapi masa plak tak der..nk harap kat opis, jgn mimpi la.. so, ada guna nya jugak aku reg ngan P1 Wimax ni..thanks to my opismates for the suggestion!
aku harap dengan blog yg lebih mengancam ni dapat menarik ramai gi bloggers + of coz ramai yg lebey berminat nak try utk gi to my family's restaurant... bagi yg penah gi tu the restoran, pasti tak akan lupakan keenakan masakan mak aku, pemandangan sekeliling yg pasti menggamit memori kita semua masa kecik2 dikampung... bagi yg blom try, u better do so! kata orang, "belum cuba, belum tau"!
okey la, tak nak membebel byk2, juz hope that u ols try to go to my family's restaurant! skrang ni pun my parents bz ngan reservation2 yg mencurah! syukur! so, next time aku akan post gi byk gambar2 terbaru + resepi2 terkini dari air tangan mak aku!

OUR FAV DISHES!!

Hello kawan-kawan....malam ni nak makan apa ya? Apa kata kita cuba menu ini. Hari ni saya perkenalkan set hidangan makan malam untuk 6 orang makan. Antara menu istimewa yang kami tawarkan adalah Ikan siakap Masak Cabai Buah Naga, Kerabu Tok Yah, Asam Pedas Buah Naga, Ikan Seri Kantan, Sotong Sambal Kacang Tumbuk, Udang Masak Asam, buah naga segar dan Jus Buah Naga Special, Jus Buah Naga + Mangga, Tapai Ais Krim dan banyak lagi..Cuba lah... anda pasti tak menyesal...Dijamin sedap & puas hati!


All da' Fav Dishes in da' house!!



Asam Pedas Buah Naga



Sotong Sambal Kacang Tumbuk



Kerabu Istimewa "Tok Yah"



Udang Masak Asam



Ikan Seri Kantan



Ikan Masak Cabai Buah Naga



Ketam Goreng Kari



Udang Goreng Saring



Gulai Warisan Kepala Ikan



Sotong Goreng Tepung Istimewa



Telur Seafood



Ayam Gajus Cili Kering



Fresh Dragon Fruit Juice



Dragon Fruit Cocktail



Crispy Naga with Ice Cream

Selain dari menu-menu yg kami posted kat blog ni, ada banyak lagi menu yg special kami hidangkan untuk customers yg kami hargai!



Tuesday, 7 July 2009

TOP MENU IN DA' HOUSE!

Must Try!

  • Asam Pedas Buah Naga
  • Ikan Masak Cabai Buah Naga
  • Ikan Bakar Warisan
  • Gulai Warisan Kepala Ikan
  • Siakap Sri Kantan
  • Ikan Kukus Buah Naga
  • Ikan Kukus Tomyam
  • Udang Goreng Saring
  • Udang Masak Asam
  • Otak-otak Seafood
  • Ketam Goreng Kari
  • Sotong Cabai Kacang Tumbuk
  • Gulai Ketam Nenas
  • Ayam Gajus Cili Kering
  • Telur Seafood
  • Sup Cendawan Special
  • Cendawan Bersalut Tepung
  • Kerabu Umbut Kelapa
  • Jus Ais Krim Naga
  • Tapai Ais Krim
  • Jeli Naga Ais Krim
  • Cocktail Buah Naga
  • Crispy Naga Ais Krim

Tuesday, 16 June 2009

Citarasa Asli , Resepi Terkini !


Restoran Bunga Naga dikunjungi oleh pelbagai bangsa kerana sajian yg dihidangkan agak unik bersesuaian dgn motonya " citarasa asli, resipi terkini ".

Antara sajian-sajian yang mesti dicuba adalah seperti 'Ikan Masak Cabai Buah Naga, Udang Goreng Saring, Telur Seafood, Ikan Stim Buah Naga, Sotong Goreng Tepung Special'
yang pasti membuatkan anda tersandar kekenyangan & kepuasan!

Saturday, 6 June 2009

DYTM Tuanku Abdul Malik - Raja Muda Kedah



Preparation table for DYTM...

Para pengiring menunggu ketibaan DYTM sambil berbual mesra dengan Owner.


Ketibaan DYTM dan sedang diiringi untuk bersantap.

DTYM sedang berbual2 sementara menuggu untuk bersantap.

DYTM Tuanku Abdul Malik & pengiringnya bersama2 hidangan yg menyelerakan


Hj Harun bergambar kenangan dengan kereta DYTM


Left: Puan Rohaya Othman (owner's wife) , DYTM Tuanku Abdul Malik, Hj. Harun Jasin (owner)

Cenderahati buat DYTM Tuanku Abdul Malik dari owner restaurant








Friday, 30 January 2009

Aktiviti Sepanjang Tahun









































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Assalamualaikum,

Dah lama tak update berita terbaru pasal Restoran Bunga Naga. Sibuk sangat... byk function dlm bln 12 & 1. Antara group yg datang; Zoom Malaysia! Siap post gambar kenangan lagi...mcm-mcm jenis posing ada ! Cuba tengok ..